25 June 2011

Review : Esemtan Wash Lotion and Akne-mycin

Sesiapa yang pernah bersimpati atas serangan pimples asdfghjkl beberapa bulan lepas, sekarang boleh tarik nafas lega sebab tidak perlu lagi bersimpati kemudian jadi peramah dengan bertanya 'eh Has apesal dengan muka kau'. Dah tak payah dah.

Sebabnya sekarang kulitku sudah sembuh yeay yeay yeay yeay! Cuma parut sajalah tinggal tapi itu enteng saja, kertas pasir gred A kan ada.

Jadi, sebagai manusia yang suka berkongsi, tapi jangan salah faham. Saya pantang betul kongsi suami. Kongsi skincare tips tak mengapa.

Okay sambung, sebagai manusia yang suka berkongsi, maka hari ini aku ingin berkongsi tentang skincare yang telah digunakan sampai wajah dah sembuh, sampai hari-hari pun boyfriend puji. Okay tipu. Boyfriend aku missing in action. Semoga beliau baca entri ini lalu cepat-cepat telefon dan menyusun kata. Alasan kredit dah expired tidak akan diterima.

Okay sambung (lagi?), nak ucap terima kasih kepada rakan yang memang vavavom sebab berkongsi tips beliau dengan aku iaitu Mr Acamlee. You're the best dude! Oh tidak lupa juga kepada encik boyfriend sebab sanggup jelajah satu JB untuk cari skincare yang akan aku kongsikan sebentar lagi. You're the best encik boyfriend! (Kena ambil hati, dengar kata beliau dah dapat gaji. Ehem ehem)

Okay sambung (lagi sekali?), kali ini ada dua skincare tips. Sebelum itu, semua kena faham yang aku ada kulit yang sensitif dan oily. Aku alah pada pencuci yang mempunyai beads atau yang mempunyai kandungan kimia yang tinggi.

Tips pertama, memperkenalkan pencuci muka yang paling saya sayang :


Hye sayang.. (sambil kenyit mata)

Esemtan Wash Lotion 180ml. Harga below RM20. Made in Germany. Walaupun kecil, tapi tahan lama. Aku guna Esemtan semenjak April 2011. Sekarang kulit cuma ada parut eww yucks tapi sekarang sedang berusaha tentang masalah itu. Dalam bulan pertama, pencuci ni dah mula tunjuk terel. Maka bertambah-tambah sayang jadinya. Aku pakai dua kali sehari. Pagi dan petang. Aku tak guna skincare lain kecuali sunblock. Maka rutin penjagaan kulit aku ialah Esemtan, Neutrogena Sunblock, dan bedak Clinelle. Tapi perlu diingatkan, pencuci ini susah nak dapat. Dekat JB aku tahu satu farmasi saja yang jual. Sekarang aku risau mana nak beli second bottle. T_T Atau mungkin boleh kirim dekat kawan yang tinggal dekat JB untuk belikan. 

Melalui pembacaan, aku dapat tahu doktor-doktor sangat recommend produk ini untuk bayi yang mempunyai ruam. Maknanya pencuci ini sangat lembu untuk baby nyohnyohnyoh. Dan juga, aku dapat tahu pencuci ini juga sesuai digunakan untuk binatang. Gulp. Sebab entah macam mana boleh termasuk dalam forum vaterinar dan ada yang syorkan Esemtan untuk pet. Gulp lagi sekali. 

Tips kedua, Akne-mycin.


Akne-mycin 25ml made in Germany. Price around RM40. Active ingredient ialah Erythromycin dalam larutan Ethanol. Ini ialah antibiotik untuk acne-prone skin. Cuma antibiotik ini tidak dimakan. Kalau makan memang ajal. Ianya antibiotik untuk external use only. Aku hanya sapukan pada kawasan bermasalah sahaja. Dalam masa dua tiga hari, pimples akan kering tapi tinggalkan parut hodoh. Aku sapu pada waktu malam sebelum ZzzZzZzZ. Cuma sekarang dah tak sapu sebab dah tiada pimples. Oh, ada juga brand lain macam Stemycin. Boleh consult dermatologist untuk lebih lanjut. Tapi, bagi kulit yang alah dengan alcohol, sila jangan beli kalau taknak panik esok lusa. Bau tengik tak payah cerita. Kena faham bahawa Ethanol adalah bahan yang mudah meruap,  jadi jangan pakai secara gelojoh.


Kehkeh sempat lagi.

Bye!


5 orang kata saya cute.:

MTM said...

i reallllly love skin care reviews!! buat la lagi ye hassy syg..hehe...kulit kite same rasenye..oily and sensitive. mesti bahagia kn dapat pujian dari buah hati pengarang jantung hari2...heee~

Fariha Liana said...

aku pun pakai esemtan. beli kat klinik. sbb susah nk carik kat farmasi. mmg hilang jerawat, hewhewhew

Lufflolly said...

Nk tanya, kat farmasi mana yg jual esemtan ni ek? Sblm ni i pakai esemtan sbb jumpa doc klinik. U ddk jb kan? Hee :)

Lufflolly said...

Nk tanya, kat farmasi mana yg jual esemtan ni ek? Sblm ni i pakai esemtan sbb jumpa doc klinik. U ddk jb kan? Hee :)

Hasnida Sidek said...

Maaf lewat reply.. ^_^ haaa beli dekat tmn u..awk tahu tak restoran agus? farmasi yg jual esemtan tu berhadapan restoran agus..farmasi tu mainly jual ubatan cina..senang je nak cari sebab farmasi tu satu satunya yg ada dekat depan restoran agus.. =)