23 June 2011

Usia Senja

Sekarang memang terasa sangat diri ini sudah tua. Kalau nak pergi Sunway Lagoon, terasa macam dah layak bayar untuk harga senior citizen. Rasa segan nak bual pasal kekacakkan Jared Leto dengan kawan baik. Sebab rasa dah terlalu tua untuk semua itu. Terasa diri ini warga emas. Ya. Warga emas.

Walaupun sejak azali memang akan bangun pagi, tapi pagi di sini bermaksud selepas jam 12 tengahari. Bukan 6.30 pagi. Pukul 6.30 pagi selalunya baru nak cakap good night. Terkejut sangat bila celik mata tapi tak nampak cahaya matahari. Faham tak kekusutan yang aku hadapi sekarang? Namun, sebab nak pastikan jasad badan ini berada di office tepat pukul 8 pagi, maka terpaksa juga gagahkan diri untuk bangun seawal jam 6 pagi. Amboy gagahkan diri tak boleh blah. Macam kena angkut air dari perigi segala. =.=''

Sebab memang dah janji hanya jasad saja berada di office pada jam 8 pagi, maka rohnya pergi lepak-lepak tempat lain dulu. Selalunya, atas katil dekat rumah lah.




Walaupun tak perlu sebenarnya letak gambar hiasan di atas, tapi tetap nak letak. Motif?

Sebagai warga emas (ehem), aku sememangnya rindu kehidupan sebagai pelajar. Masa muda-mudi dulu, tidur pukul 4 pagi, masih steady lagi nak attend kelas pukul 8 pagi. Kalau ada cerita baru keluar dekat wayang, mesti akan jadi antara pertama yang pergi tengok. Kalau weekend lagilah hilang terus dari radar. 

Tak macam sekarang, pukul 6 petang baru sampai rumah. Letih ya amat. Macam baru lepas balik bendang. Muka pun berminyak-minyak kusam. Selekeh ish ish kalau suami tengok memang turn off. Kalau masa muda-mudi rajin lilit kepala supaya lebih gemerlapan, sekarang tudung bawal hitam sajork yang ku sarung. Sampaikan nak tengok diri sendiri pun dah tak semangat. 

Sekarang, pukul 10 dah nak tidur. Nampak sangat dah kurang keremajaan. Jangan harap nak stay up sampai 4 pagi ishk itu kerja gila. Stay up sampai 12 tengahmalam pun dah boleh cakap kerja gila juga sebenarnya. 
Dan tiba-tiba suka sangat dengan hari Jumaat. Ini yang paling ketara. Setiap kali tiba hari Jumaat, mesti akan buat lompat bintang. Baru sekarang faham kenapa Rabecca Black cinta sangat dengan hari Jumaat. Mungkin beliau juga ada krisis macam aku. 


3 orang kata saya cute.:

EzteeW said...

TOTALLY AGREE~~

I'm waking up at 7am, sleep at 11pm.... Just like my 70 year old neighbour~~

Everytime I'm going to work at 7.30, he's also awake and doing his morning exercise, and I will say "Morning Uncle~".... OMG!!!! I'm living like a 70 year old~

It's now 10.25pm, and I'm sleepy~~
Yawn~~~~

remySunbae said...

alahai.....sedih nor bace...hahaha...baidewei, chill la gurl...enjoy pektikel...hehe

Hasnida Sidek said...

WeeTze: Kaaan seriously I felt sooo old haih luckily dont have wrinkles otherwise die lorrrr T_T

Remy : Teehee mmg enjoy cuma penaaaat. Kau boleh lagi kerja part time wuu kagummm!