31 July 2011

Ketamatan Keintershipan

Cacat sangat tajuk tapi nak buat macam mana dari aku tulis tajuk Intern Kitewww Dah Habishhh hah mana satu yang akan lebih cenderung mendapat sepak terajang? Macam ni, semalam punya semalam, dah official aku tamat praktikal dekat syarikat air nogori sombilan. Sekejap sangat rasa 10 minggu. Rasa macam baru 10 jam. Maknanya bila masa rasa pantas berlalu, maknanya apaaa? Maknanya praktikal aku syiiokkk gila hao liaooo. Paling sedih bila tinggalkan loji kesayangan. Ini bukan loji yak-yak hokaaay. Ini loji rawatan air sungai linggi. Sobs. Bila type perkataan linggi pun dah terasa sangat sebak. Terus bukak lagu musafir di hari raya. Bertambah-tambah sebak. Esok puasa kan? Kau puasa tak?


Loji Linggi. Mek rinduuuuuuu. 

Sumpah semua orang dekat loji memang friendly sangaaat. Sehinggakan nak eja friendly mesti tersalah eja jadi orang dekat loji linggi. Hah punyalah ramah diorang ni. Kesat air mata jap. Siap ajak datang loji kalau boring-boring. Wahhh dah macam kawasan kegembiraan ke apetah loji ini sobs sobs sedihnyaaa nak tinggalkan. Kesat hingus jap. 


Awesome people. Awesome place.

Rindu nak drive sampai ke linggi ya ampun jalan memang penuh pancaroba. Agaknya orang yang cipta ayat liku yang pernuh pancaroba mesti pernah lalu jalan nak ke linggi ni. Rindu nak carut dalam hati ehem mestilah dalam hati saja kitew kan pemaluewwww kepada penunggang motosikal yang asrythfnsfkseigh bawak 25km/jam tapi lalu tengah-tengah jalan dah la jalan kecil sekecil lobang hidungku. Heish. Rindu nak terkejut-terkejut sebab nanti tetiba ada beberapa ekor lembu tiba-tiba melintas jalan maka terpaksa guna skill break terkejut sabar jerlah haku. Takpe, ni dah dekat raya ni siaplah tentu-tentu dah selamat orang buat rendang. Nanti kau.

Teringat kalau dekat loji macam dalam cerita panic room ke apetah sebab ada je masalah nanti aku mula jadi minah kepochi ''apesal bang apesal bang saya nak ikut nak pergi tengok'' dengan muka cemas serius panik ingat loji nak meletop ke tapi rupanya hek eleh buaya tersangkut dekat pam je pun pffft. Eh betul tahuuuu dekat sungai linggi banyak buayaaaa. Ikan pun banyak tapi itu sudah selamat hadam dalam perut kehkeh kau ni pergi kerja ke pergi mancing?! 

Itu jelah nak cakap. Bye.

3 orang kata saya cute.:

EzteeW said...

Buaya tersangkut?? lol

atiqah said...

mancing ea internship ko.masok logbook x??best2

Hasnida Sidek said...

WeeTze : Yeapppp tapi buaya dah matilaaah sebab lama sangat tersangkut hehe =)

Atiqah : HAAAAAAAAAAAA tamo la masuk log book T___T dalam log book aku tulis mcm aku ni pekerja berwawasan gitewww.