Setiap kali deepavali, memang tiba-tiba adik-beradikku akan rajin untuk contact diri ini. Tak kisahlah dari segi penghantaran wall di Fb, atau sms atau yang paling rajin sekali ialah Abangmi saya di mana beliau tidak pernah gagal menelefon adiknya ini lagi-lagi time Deepavali.
So, pada tahun ini, saya sudah menjadi sedikit bijaksana. Dengan tidak menjawab panggilan telefon dari keluarga terdekat menjelang Deepavali's eve. Wah gitew. Tapi alah bisa. Sms ado. Fb ado. Keberkesanan teknologi sekarang memang tak boleh nak halang diorang dari wish saya - Happy deepavali.
Kenapa macam ni? Okay mari sembang dengan lebih kencang.
Sewaktu kekecik dulu, sekolah rendah aku ada satu polisi. Bukan pak polisi bahasa Indonesia waaah kelaaas mentang-mentang tadi makan Nasi Timbel beserta Gebuk Guring makin lincah kau ngomong yaaa. Polisi di mana, setiap pelajar darjah tiga KENA belajar bahasa tamil. Bukan belajar kejap-kejap yang esok lusa boleh lupa tu. Tapi kena belajar bahasa tamil sehingga darjah enam. Oh dan aku bukan SJK(T) ye noks. Aku sekolah kebangsaan biasa. Aku syak, guru besar aku dulu peminat setia Rajinikhan sehinggakan kemahiran berbahasa tamil is a must kepada setiap murid-muridnya.
Walaupun tak dapat bantuan buku teks kerajaan, jangan risau sebab buku teks untuk Bahasa Tamil mesti akan dapat pinjaman punyaaa. Aku ingat lagi, page belakang buku teks ada senarai huruf Tamil. Memang tak ikut sususan ABC yang normal. Atau lebih tepat, tiada pun susunan macam huruf ABCDE yang kita semua belajar dekat tadika tu. Tapi ada huruf a, aa, du. Huuuuuuiy. Sebutan pun lain. Kalau kita-kita ni, huruf 'P' tu sebut sebagai 'pee' kan? In Tamil, it pronounces as 'yep'.
Macam aku ni lah. Dah lah tak bijak. Huruf jawi warisan bangsa tu pun aku tak pandai nak baca, inikan pula nak master kaw-kaw dalam Bahasa Tamil. Memang tak la kan. Jadi, setiap kali peperiksaan Bahasa Tamil (ya, siap ada exam. mampu?), disitulah terbitnya tahap kreativiti pelajar-pelajar dalam menjawab bahasa tersebut. Masa tu kelakar gila. Sebab, nanti ada yang jawab dalam tulisan jawi, ada yang akan lukis komik segala, dan yang terpaling kreatif sekali, ada yang akan cipta tulisan sendiri. Dan-dan time tu semua jadi kreatif dan inovatif sesuai dengan kehendak masa kini.
Dan moment terpaling indah sekali ialah bila nak ke tandas. Why? SEBAB AYAT NAK PERGI TANDAS DALAM BAHASA TAMIL SUMPAH PANJANG GILA. BOLEH TERKINCIT. Cikgu aku strict tak agak, kalau tak cakap tamil, tak boleh keluar pergi tandas. Nak taknak, terpaksa la hafal. Aku pun tak sangka, skill macamtu yang terpaling berkesan sekali. Sampai sekarang kot aku ingat ayatnya. Kalau kat universiti, pensyarah guna style tak hafal satu bab tak boleh pergi tandas, confirm sem tu berderet yang dapat dekan.
Tak bijak macam mana sekalipun, bagi aku Bahasa Tamil ini simple saja. Wah kau kemain statement. Masa aku form two, aku bermanjaan lah dengan kesayangan aku, Adibah. Kebetulan, ada seorang budak India ni tengah study bahasa Tamil. Aku perasan dia salah eja perkataan. Maka aku dengan bangga dan penuh yakin diri betulkan ejaan dia tu. Muka kawan aku time tu terlopong kot. Lepastu budak India tu terus cakap yang aku betul, dia salah. Siap cakap terima kasih kat aku huehue. Kawan aku bantai gelakkan aku tak beragak punya.
Bermula dari saat itulah, aku akan mengalami perkara pelik tiap kali Deepavali. Contohnya, abang aku dulu kerja dekat Kerteh. Dia sanggup pos kad Deepavali kat aku yang ketika itu berada di Seremban. Sanggup dia habiskan wang dan tenaga untuk prank dia berjaya. Macam tahun ini, abang-abang serta adikku awal-awal dah terjah FB aku wish Deepavali. Sapik pun dah terjebak sama. Tepat pukul 12 beriya call aku nak wish deepavali. Siap sms bagai. Amboi amboi. Time birthday time anniversary takdo pun nak tunggu pukul 12 malam. T____________________________T Nangissss.
But, on the bright side, aku tahu lah ada sesuatu yang boleh membuatkan diorang ingat kat aku. Dan, peristiwa macam nilah yang membuatkan aku lebih hargai kenangan aku bersama manusia-manusia yang dekat dalam hidup aku. Tacing.
Bye!


4 orang kata saya cute.:
It's good that you can learn extra language FOC~ Why my school don't have it last time?
Anyway, HAPPY DEEPAVALI!!!
Kah3, happy deepavali Has. =P
wah kelaskaujah tau cakap tamil...praba pon ckp bahasa tamil ni susah camne ko leh cakap senang ni....mantap2...hehe
WeeTze : Goshhhhh learning Tamil is freakinggg hard! Haih. Happy deepavali too sobs it's a tragedy T_T
Lina : T_________________T
Eda : Kerlassssss kan? Aku pun kagum dengan kebolehan aku kahkahkah lepasni aku boleh jadi pengganti sami vellu!
Post a Comment