05 October 2011

Review : Baviphat Apple AC Therapy Sleeping Pack

Ini ialah pembelian beberapa bulan lepas hasil dari lawatan ke Sephora bersama dua kawan baik - Marlisa dan Miralee. Sebenarnya kalau pergi sana, semua benda pun nak beli. Semua pun nak masuk bakul lalu bayar tapi tsk tak sanggup betul nak buat macam itu memandangkan duit dalam bank yang forever miskin.

Baiklah, pernah dengar sleeping mask tak? Sila cakap tidak pernah sebab aku sendiri pun sebelum membeli produk ini memang tidak familiar dengan perkataan sleeping mask. Maka kalau sama-sama tidak tahu, jadi tidaklah malu sendiri hehehe malu beramai-ramai adalah lebih baik. The more the merrier cakap jawanya.

Sebelum mulakan upacara pembebelan, nak puji dulu semua warga Sephora yang friendly sangat beserta penuh tips didada. Wah kau macam ilmu didada jugalah tapi sebab kalau hal kecantikan orang ramai lagi prefer cakap tips dari ilmu, maka jadilah ia tips didada instead of ilmu didada.

Tips pertama yang diperoleh dari lawatan sambil membeli tersebut ialah, bagi sesiapa yang ada masalah kulit berminyak, ada beberapa punca.
1. Lapisan dalam kulit adalah terlalu kering maka the sebaceous gland yang menghuni didalam kulit akan produce excess sebum untuk overcome dryness tersebut (giving moisture katanyaaaa).
2. Sesetengah individu juga mengalami masalah kulit berminyak kerana the gland adalah extra large/membesar  - thus explains kenapa kulit berminyak selalunya akan didatangi sekali pakej dengan large pores.

Since kulit aku hanya berminyak dan pores tidaklah bosar godang, maka penyebab kulit berminyak adalah dipercayai kerana lapisan dalaman adalah kering.

Tips kedua yang diperorlehi ialah mengenani perbezaan antara moisture routine dan hydration routine. Bagi aku, moisture dan hydration macam lebih kurang sama. Moisture = air. Hydration = air. Tapi, thanks to kakak Sephora which I forget what her name is, beliau telah memberi ceramah panjang lebar tentang perbezaan between moisture and hydration.
1. Moisture - body dah ada sufficient water dan hanya perlu jalani moisture routine untuk balance the moisture  supaya tidak terlalu oily dan juga tidak terlalu kering
2. Hydration - body tidak ada sufficient water dan seterusnya akan hantar signal to produce more sebum supaya kawasan kulit tidak kering

Jadi, motifnya disini ialah untuk pastikan kulitku terhidrasi wah kedengaran seperti iklan tv kehkehkeh. So, inilah dia kegunaan sleeping mask Apple AC Therapy yang telah kubeli. Mula-mula, ada dua jenis mask yang telah ditepek untuk proses testing. Baviphat vs Biotherm. After 30 minutes or so, kawasan kulit yang ditepek dengan mask Baviphat terasa lembut bak buntut bayi. Serius tak tipu. Sehinggakan telah menggoda Miralee untuk membeli sebotol mask Baviphat ini.

Comelkan packaging! 

Walaupun agak hesitate sebab bau mask ini waaah untuk dimakan ke apa kalau letak dalam peti sejuk mesti orang ingat ini ialah jem lalu tersapu pada roti tsk tsk. Sebab baunya adalah seperti bau apple yang sangat fresh rasa nak makaaaaan. Takutlah juga produk wangi-wangi ini sebab kulit I sensitif noks. Tapi Alhamdulillah, no breakouts after application yeaaaay! And bonus point, kalau ada kelahiran pimples baru kan, sapu mask ini then esoknya pimples tersebut akan kering dengan sendiri. Magic ke apa ni?!


Nyum nyum!

Pakai dia senang saja. Nama pun sleeping mask, jadi setiap hari sebelum tidur, sapu pada wajah macam awak semua selalu sapu bedak sejuk temulawak sebelum tidur. Apply berapa banyak yang nak sebab the next morning, muka tak terasa melekit lansung rasa lembut sangat ishk dah lah wangi kalau ada suami ni mesti suami sayang. Eh.

Okay summary untuk yang malas baca ishk penat tahu type panjang-panjang T_T


  • Baviphat Apple AC Therapy Sleeping Pack (nama tak boleh blah but dont judge a product by it's name)
  • Made in Korea
  • RM49.90 for 100gram
  • Overnight sleeping mask that softens, brightens and hydrates skin
  • Rating : 4.5/5

Bye!

5 orang kata saya cute.:

SeMeJeMeR^^ said...

beli kat mane???nak beli jugak...

Hasnida Sidek said...

Boleh beli dekat Sephora, rasanya Shins/Sasa pun ada jual. Tak silap haritu ada sales 50% lagi! =)
Or, boleh cari korean beauty blog yg jual secara online. Oh dan eBay juga! =D

iela_fadila alias said...

has !
automatic kami teringin nak guna.mcm best ja bgn tdo muka licin,hihi
kat area2 ni xdak eh?

SeMeJeMeR^^ said...

susah la bli online..kt area mne kdai 2??

Hasnida Sidek said...

Alamak adakah sudah lewat nak reply? wuuu. ini kedainya

1. Sephora, bukit bintang.
2. Sasa. ada banyak outlet. mcm dekat JB boleh didapati dekat city square. :)