Penjagaan rambut dah menjadi keutamaan semenjak aku sekolah lagi. Dan semakin obses bila masuk asrama. Sebab dekat asrama, rambut memang 20 jam tersorok dalam tudung. Dari pagi celik mata pukul 6 sampailah habus prep pukul 11 malam.
Masa duduk asrama, rambut aku telah riot dengan teruk sekali. Kering, bercabang, menggerbang dan gugur dengan sangat extreme. Pakai anti-hairfall shampoo pun tak berkesan. Makin teruk adelah. Sobs. Nak-nak kehidupan asrama tak membenarkan pelajarnya untuk mandi lebih dari 10 minit, so yeah. Lebih 10 minit, merasalah orang ketuk pintu bilik shower macam nak roboh. T_T
Setelah berusaha dengan gigih, akhirnya aku jumpa juga holy grail product for my hair.
Ellips Hair Vitamin for Damaged Hair
Dah guna produk ini semenjak tingkatan 4. Now aku dah 21 tahun dan tetap setia dengan produk ini. Dulu brand ini ada dua jenis saja, satu untuk rambut rosak (warna merah) dan satu lagi untuk rambut normal (warna kuning). Sekarang dah ada untuk rambut hitam berkilau (warna hitam) dan untuk colored hair (warna ungu).
1. Price
Sebotol harga dalam RM40 untuk 50 biji. Tapi kalau dah ada botol/bekas nak letak vitamin ini, boleh beli jenis packet macam Panadol. Per packet ada 6 biji. Untuk trial pun boleh beli jenis packet.
2. Kegunaan
Lepas cuci rambut, keringkan sikit dengan tuala dan sapu! Hehehehe. Senang sangat. Fokus dekat hujung rambut sebab selalu tempat tulah yang cepat kering dan bermasalah. Pakai sekali sehari so boleh estimate kan sebotol boleh tahan sebulan lebih. Bau sangat wangiiiii. Kalau pakai sebelum tidur, bau dia tahan sampai esok pagi. :)
3. Kebaikan
Mengandungi jojoba oil, UV protection dan vitamin B5, A, C, E.
Ini pengalaman jujur ye dah guna produk ini hampir 5 tahun. Bila pakai vitamin ini, immediate result ialah rambut jadi tersangat lembut dan ringan! Bau pun saaaangat wangi dan tahan lama. Lepastu, walaupun rambut aku tebal tapi tak pernah ada cabang. Even my bestfriend Sharmaine pun cakap bila dia tengok rambut aku mata dia tak berkelip sebab nampak shiny dan sihat. See see? Tapi produk ini pernah discontinue tak silap. Sebab ada satu masa tu susah gila nak cari. Bila jumpa, aku beli banyak-banyak buat stok. Hehe. Dulu aku pernah warnakan rambut. Sangaaat menyesal sebab rambut jadi kering kejung dan berketak. Gugur tak payah cerita lah boleh buat kait baju kot. Wuuuuu. So aku gunting pendek macam jantan untuk buang semua rambut rosak tu dan pakai vitamin ini dua kali sehari dan Alhamdulillah sekarang rambut dah okay.
Aku sangat syorkan vitamin ini untuk sesiapa yang ada masalah rambut rosak. Lagi satu, jangan sesekali warnakan rambut kalau korang jenis malas buat treatment dekat saloon. Sebab nanti rambut cepat rosak. Tak pasal-pasal boleh buat jadi berus periuk.
Summary
1. Price affordable berbanding dengan hair serum/vitamin from Kerastase, Schwarzkopf.
2. Immediate result ialah rambut sangat lembut, ringan dan wangi.
3. Long term result ialah rambut menjadi sangat sihat dan bersinar.
4. For those yang still hesitate, boleh beli per packet dalam tu ada 6 biji.
5. Simple application. Tak payah tunggu rambut kering. Instruction on the bottle memang suruh pakai selepas cuci rambut dan pastikan rambut separa kering.
Bye! ^_^

2 orang kata saya cute.:
pernah pakai, tapi tak pakai selalu plak. hehe.
thanks for the gud info! ^^ mmg ade masalah rambut bercabang+mengerbang (dpt imagine tak betapa kak limahnye rambut aku T_T) nati nak try bnde ni..hopefully it works for me :)
Post a Comment