04 January 2012

Pengalaman Present FYP Yang DapDipDup

Assalamualaikum ^_^

Selamat tahun baru kawan-kawan! Disebabkan Johor tak cuti pada tahun baru, maka fakulti aku dengan hebatnya memilih tarikh 1 Januari 2012 sebagai tarikh presentation final year project (FYP) atau PSM (Projek sarjana muda) atau juga lebih terkenal dengan gelaran Pening Sampai Mati.

Sebelum presentation
Lek lu. Masa banyak lagi. Slide senang je pun buat. 30 minit pun dah boleh kaw tim. HAH AMEK KAUUU. Sekali tengok slide orang lain siap animation bagai baru tahu terhegeh-hegeh nak buat betul-betul. Bukan senang nak buat slide sebenarnya. Kena consider macam-macam. Yang terpaling utama, macam mana nak bagi panel faham tentang projek yang kita buat. Sebab kalau diorang faham, tendency untuk ditembak dengan soalan maut adalah kurang. Hehehehehe. Kalau diorang tak faham, memang terkucil la hang time present nanti.

Lepastu, sehari sebelum present, supervisor suruh present depan dia dulu. Haaaa. Time present depan supervisor, aku tergagap-gagap. Suara pun tersipu malu je. Ceh. Padahal kalau gebang dengan kawan bukan main petir lagi suara. T_T Supervisor aku tanya macam-macam soalan. Memang terkial-kial aku nak menjawab. Tapi bagus jugak supervisor aku buat macamtu, sebab aku lebih preprare dengan kemungkinan soalan yang akan ditanya oleh panel nanti.

Sepatutnya, malam nak present tu, tidur awal ye kawan-kawan. Jangan jadi macam aku. Buat kerja last minute, habis pukul 4 pagi baru boleh tidur. Orang lain dah siap practice depan cermin berpuluh kali, aku baru siap slide. Kesudahannya, aku bangun pukul 6.30 pagi untuk mandi dan dalam shower tu jugak aku practice buat gaya tangan bagai. LOL. Dibawah pancuran air shower, aku buat mimik muka serta gaya yang boleh diaplikasi dihadapan panel nanti. Mampu?

Semasa presentation
Perut aku sakit gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Hah! Normal agaknya kalau kita nervous, kita sakit perut. Hehehehehe. Nak duduk salah, berdiri salah, berjalan salah, semua salah. Nak breakfast pun tak lalu. Minum air setitik pun tak lalu. Hebat tak hebat penangan presentation psm ni.

Lebih ketaq lutut bila panel dah sampai. Perut wa buat tarian zapin wa cakap lu. Ketiak habis basah dah nervous punya pasal. Cheh. Aku presenter yang ke-9 . So ada lagi lapan orang baru giliran aku. Seorang diberi masa 15 minit termasuk Q&A session. Masa terasa sangaaaat pantas berlalu. Tup-tup dah sampai giliran aku. Selalu kalau kelas sejam pun punyalah seksa nak tunggu habis.

Bila first presenter start present projek dia, aku dah gelabah. Dalam gelabah tu, adalah lebih baik kalau korang analysz pattern panel tu. Wah kau cakap macam good-good je. Hahahaha. Maksud aku, tengok panel tu jenis suka attack kat bahagian mana. Macam aku, panel aku attack kat result dan juga macam mana nak apply ke industri. Jadi, boleh prepare awal-awal supaya nanti kalau diorang tanya, kita dah tahu nak jawab apa.

Dan Alhamdullilah, pensyarah fakulti aku teramatlah down to earth walaupun semua pegang title Prof, Assoc Prof, Ir, Dr. Kalau ada tak kena dengan projek kau, memang diorang akan recommend dengan cakap elok-elok. Kalau diorang ada idea untuk improvement tentang projek kau, diorang akan bagi pendapat dengan baik. Diorang treat students macam professional jugak.

Selepas presentaion
Rasa nak tidur puas-puas. Eh? Hahahahaha. Alhamdullilah aku dapat teruskan perjuangan merebut wang tunai dan gelaran best presenter. Dalam 110 orang, hanya 8 yang terpilih lepastu dari 8 orang, tiga je yang dipilih dan dapat hadiah wang tunai $$$$$$$ gelap mata sat. NERVOUS TAK HENGAT ARGHH SAKIT PERUT  BALIK.

Adakah saya berjaya merebut wang tunai tersebut? Jeng jeng jengggggg.


HEEEEEEE! Dapat tempat ke-2. Alhamdulillah. Memang tak sangka sebab semua pun hebat-hebat belaka. 

Nak ucapkan terima kasih dekat mak dengan ayah sebab tak putus-putus berdoa dan hantar saya belajar cakap Omputih setiap kali cuti sekolah. Orang lain time cuti sekolah bangun pukul 11 terus layan kids fun club, saya bangun pukul 8 pagi pergi belajar cakap Omputih nyanyi lagu row row row your boat lepastu berlakon jadi cinderella heh. 

Terima kasih dekat Syafiq sebab bagi semangat bila saya menangis meroyan sebab rasa diri ini tidak prepare apa-apa. Saya tahu masa tu awak pun stress tapi awak tetap bagi kata-kata semangat dan kejutkan saya pagi-pagi supaya saya tak terlajak heh heh.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang doakan saya serius sayang sangat korang semua kalau aku dapat RM10,000 ke memang dah share dengan korang dah. Aku nak nangis je tengok korang supportive sangat. Majlis kahwin aku nanti korang memang tetamu VVIP. 

And last but not least, kawan bercakaran berjiwangan saya, Nur. Terima kasih Nur...Kerja elok-elok, nanti jadi bos, kau interview aku. Lepastu, kasi aku kerja terus. Ekekekekeke. =P




3 orang kata saya cute.:

iela_fadila alias said...

eh hasss.. kita present 2hb..hihi
rugi xdpt 1sctn ngan hass.. teringin nak tgk ! tahniah ! :D

nur hidayah isa said...

cayalah has. no 2 tu. congrats!

Qy. said...

gempak la doh!